Bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, apakah pemeliharaan urusan ini, pelindungnya, serta ikatannya?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا أتى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله، ما عصمة هذا الأمر، وعراه، ووثائقه؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعقد: أخلصوا عبادة ربكم، وأقيموا خمسكم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم،وصوموا شهركم، وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم. ويحرك يده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, apakah pemeliharaan urusan ini, pelindungnya, serta ikatannya? Lalu Rasulullah SAW berkata dan baginda menggenggam tangannya: Ikhlaslah kamu dalam beribadah kepada Tuhan kamu, laksanakanlah solat lima waktu kamu, tunaikanlah zakat harta benda kamu, yang jiwa kamu merasa suka kepadanya, dan berpuasalah kamu dalam bulan Ramadan, kerjakanlah ibadah haji di Baitullah, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhan kamu. Lalu baginda menggerakkan tangannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 253, hadis nombor 1314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – أن رجلاً أتى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله، ما عصمة هذا الأمر، وغراه، ووثائقه؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعقد: ((أخلصوا عبادة ريكم، وأقيموا خمسكم، وأذوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم، وصوموا شهركم، وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم. ويحرك يده)). [حل، این عساكر، ((الضعيفة)) (2161)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA (katanya): Bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, apakah pemeliharaan urusan ini, pelindungnya, serta ikatannya? Lalu Rasulullah SAW berkata dan baginda menggenggam tangannya: Ikhlaslah kamu dalam beribadah kepada Tuhan kamu, laksanakanlah solat lima waktu kamu, tunaikanlah zakat harta benda kamu, yang jiwa kamu merasa suka kepadanya, dan berpuasalah kamu dalam bulan Ramadan, kerjakanlah ibadah haji di Baitullah, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhan kamu. Lalu baginda menggerakkan tangannya.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2161]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.