Bahawa Nabi SAW dikafankan dengan dua helai kain sahuliyyain

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي صلى الله عليه وسلم كفن صلى الله عليه وسلم في ثوبين سحوليين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Fadl bin al-Abbas RA: Nabi SAW dikafankan dengan dua helai kain sahuliyyain (kain putih dari Yaman).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1759, hadis nombor 8856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الفضل بن العباس: أن النبي صلى الله عليه وسلم كفن صلى الله عليه وسلم في ثوبين سحوليين. [حب، ((الضعيفة)) (5844)].

(Munkar)
Daripada al-Fadl bin al-Abbas RA: Nabi SAW dikafankan dengan dua helai kain sahuliyyain (kain putih dari Yaman).
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5844].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs