TEKS BAHASA ARAB
كان إذا فرغ من طعامه قال: اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahawa Nabi SAW: Apabila baginda selesai daripada (makan) makanannya, baginda berdoa: ‘Ya Allah, segala puji untuk-Mu. Engkau telah memberi makan dan Engkau juga telah memberi minum. Engkau telah memberikan kekenyangan serta Engkau telah menghilangkan dahaga. Untuk-Mu segala pujian yang tidak ada kekufuran, tidak ada kesudahan, serta tidak mampu berlepas diri dengan-Mu.’
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 207, hadis nombor 1090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من بني سليم كانت له صحبة: أن النبي – صلى الله – عليه الصلاة وسلم -: ((كان إذا فرغ من طعامه قال: اللهم لك الحمد، أطعمت وسقيت، وأشبعت وأرويت، فلك الحمد غير مكفور، ولا مودع، ولا يستغنى عنك)). [حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4209)]
(Lemah)
Daripada seorang lelaki dari kalangan Bani Sulaim, dan beliau terdiri daripada sahabat Nabi SAW, (beliau berkata): Bahawa Nabi SAW: Apabila baginda selesai daripada (makan) makanannya, baginda berdoa: ‘Ya Allah, segala puji untuk-Mu. Engkau telah memberi makan dan Engkau juga telah memberi minum. Engkau telah memberikan kekenyangan serta Engkau telah menghilangkan dahaga. Untuk-Mu segala pujian yang tidak ada kekufuran, tidak ada kesudahan, serta tidak mampu berlepas diri dengan-Mu.’
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4209]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.