Bahawa Nabi ﷺ sering berpuasa pada bulan Sya'ban dengan sepenuhnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن النبي ﷺ كان يصوم شعبان كله. قالت عائشة: يا رسول الله! أحب الشهور إليك أن تصوم شعبان؟ قال: إن الله يكتب على كل نفس منيته تلك السنة، فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Nabi ﷺ sering berpuasa pada bulan Sya’ban dengan sepenuhnya. ‘Aishah bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah bulan Sya’ban ini bulan yang paling kamu suka untuk berpuasa padanya?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah menetapkan kematian bagi setiap nyawa pada tahun tersebut. Maka aku suka jika ajalku datang kepadaku dalam keadaan aku berpuasa".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 502, hadis nombor 2685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: «أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ. قَالَتْ عَائِشَةُ: یَا رَسُولَ اللهِ! أَحَبُّ الشُّهُورِ إِلَيْكَ أَنْ تَصُومَ شَعْبَان؟ قَالَ: إِنَّ اللهَ يَكْتُبُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ مَنِيَّتَهُ تِلْكَ السَّنَة، فأُحِبُّ أَنْ يَأْتِيَنِي أَجَلِي وَأَنَا صَائِمٌ» .[ع، «الضعيفة» (5086)].

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Bahawa Nabi ﷺ sering berpuasa pada bulan Sya’ban dengan sepenuhnya. ‘Aishah bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah bulan Sya’ban ini bulan yang paling kamu suka untuk berpuasa padanya?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah menetapkan kematian bagi setiap nyawa pada tahun tersebut. Maka aku suka jika ajalku datang kepadaku dalam keadaan aku berpuasa". [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5086].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.