Bahawa langit menurunkan hujan darah pada hari al-Husain dibunuh, dan bahawa tidaklah seketul batupun di dunia itu diangkat melainkan terdapat di bawahnya darah yang segar

TEKS BAHASA ARAB

أن السماء أمطرت دما يوم قتل الحسين، وأنه ما رفع حجر في الدنيا إلا وجد تحته دم عبيط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa langit menurunkan hujan darah pada hari al-Husain dibunuh, dan bahawa tidaklah seketul batupun di dunia itu diangkat melainkan terdapat di bawahnya darah yang segar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 83, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها ما يزعمونه من أن السماء أمطرت دما يوم قتل الحسين، وأنه ما رفع حجر في الدنيا إلا وجد تحته دم عبيط.
قال ابن تيمية: كل ذلك كذب.
قال: وأما دعوى أن السماء ظهرت فيها الحمرة يوم قتله: فما زالت هذه الحمرة تظهر، ولها سبب طبيعي من جهة الشمس فهي بمنزلة الشفق.

Antaranya lagi, apa yang mereka (Syiah) yakini bahawa langit menurunkan hujan darah pada hari al-Husain dibunuh, dan bahawa tidaklah seketul batupun di dunia itu diangkat melainkan terdapat di bawahnya darah yang segar.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Setiap yang demikian itu adalah suatu pendustaan.
Dia berkata: Adapun dakwaan bahawa muncul pada langit kesan merah pada hari pembunuhannya: Maka kemerahan ini masih lagi kelihatan. Ada faktor semula jadi baginya dari arah matahari, maka ia seperti kedudukan senja.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs