Bahawa kepala al-Husain dibawa ke Syam dan diletakkan di hadapan Yazid

TEKS BAHASA ARAB

أن رأس الحسين حمل إلى الشام ووضع بين يدي يزيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa kepala al-Husain dibawa ke Syam dan diletakkan di hadapan Yazid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 81-83, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: الآثار التي يذكر فيها أن رأس الحسين حمل إلى الشام ووضع بين يدي يزيد.
وإنما حمل رأسه الشريف إلى قدام عبيد الله بن زياد بالكوفة.
هذا هو الذي رواه البخاري في "صحيحه" وغيره من الأئمة.
قال ابن تيمية:
وأما حمله إلى الشام إلى يزيد فقد روي من وجوه منقطعة لم يثبت شيء منها. بل في الروايات ما يدل على أنها من الكذب المختلق، فإنه يذكر فيها أن يزيد جعل ينكت بالقضيب على ثناياه، وأن بعض الصحابة الذين حضروا كأنس بن مالك وأبي برزة أنكر ذلك عليه. وهذا تلبيس، فإن الذي فعل ذلك إنما هو عبيد الله بن زياد.
قال: ومما يوضح هذا أن أنسا وأبا برزة لم يكونا حينئذ بالشام، بل بالعراق، وإنما الكذابون جهال، بما يستدل على كذبهم.
قال: وأما حمل الرأس إلى مصر فباطل باتفاق الناس. وقد اتفق العلماء كلهم على أن / مشهد القاهرة ليس فيه رأس الحسين ولا شيء منه، وإنما افتعل هذا المشهد في أواخر دولة الفاطميين لاستجلاب قلوب العامة، بناه طلائع بن رزيك الرافضي.
قال الزبير بن بكار: إن الرأس حمل إلى المدينة المنورة ودفن هناك. وقال الحافظ أبو الخطاب بن دحية لما ذكر ما ذكره الزبير بن بكار: إن الرأس حمل إلى المدينة فلم يصح سواه، والزبير أعلم أهل النسب، وأفضل العلماء بهذا السبب.

Dan antaranya: Athar yang disebutkan padanya bahawa kepala al-Husain dibawa ke Syam dan diletakkan di hadapan Yazid.
Padahal sesungguhnya kepalanya yang mulia telah dibawa ke hadapan ‘Ubaidullah bin Ziyad di Kufah.
Inilah dia yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya, dan daripada para imam yang lain.
Ibn Taimiyyah telah berkata:
Adapun dibawanya ia ke Syam kepada Yazid, maka ia telah diriwayatkan daripada jalan-jalan riwayat yang terputus dan tidak thabit suatu apapun daripadanya. Bahkan pada riwayat-riwayat tersebut ada yang menunjukkan bahawa ianya adalah daripada pendustaan yang direka. Kerana padanya dinyatakan bahawa Yazid mula mengais pada gigi kacipnya (al-Husain) dengan tongkat, dan bahawa sebahagian para sahabat yang hadir seperti Anas bin Malik dan Abu Barzah membantah perkara tersebut. Sedangkan itu adalah putar belit, kerana sesungguhnya orang yang melakukan perkara tersebut ialah ‘Ubaidullah bin Ziyad.
Dia berkata: Antara yang dapat menjelaskan hal ini ialah bahawasanya Anas dan Abu Barzah tidak berada di Syam pada ketika itu, bahkan di Iraq. Sesungguhnya pendusta-pendusta ini adalah orang-orang bodoh dalam membawakan bukti kepada penipuan mereka.
Dia berkata: Adapun dibawanya kepala itu ke Mesir, maka itu merupakan suatu kebatilan dengan kesepakatan orang ramai. Para ulama kesemuanya telah bersepakat bahawa lokasi peristiwa di Kaherah tidak melibatkan kepala al-Husain ataupun mana-mana bahagian daripadanya. Lokasi peristiwa itu direka-reka pada penghujung pemerintahan puak Fatimiyyah (Syiah) untuk memikat hati orang ramai. Thala’i’ bin Ruzzik al-Rafidhi yang membinanya.
Al-Zubair bin Bakkar telah berkata: Sesungguhnya kepala itu di bawa ke Madinah al-Munawwarah dan telah dikebumikan di sana. Al-Hafiz Abu al-Khatthab bin Dihyah juga berkata apabila dia menyebutkan apa yang al-Zubair bin Bakkar sebutkan: Sesungguhnya kepala itu dibawa ke Madinah, maka lain daripada itu adalah tidak sahih. Al-Zubair juga adalah ahli nasab yang paling alim, dia juga adalah ulama terbaik dengan sebab ini.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs