Bahawa beliau bertanya Nabi SAW tentang seorang lelaki yang sudah melakukan haji sekali ataupun lebih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

طواف سبع لا لغو فيه يعدل رقبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tawaf sebanyak 7 kali yang tiada lagha padanya menyamai pahala memerdekakan hamba.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis nombor 3805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها-: أنها سألت النبي ﷺ عن رجل حج وأكثر، أيجعل نفقته في صلة أو عتق؟ فقال النبي ﷺ: «طواف سبع لا لغو فيه يعدل رقبة».
[عب، «الضعيفة» (4035)]

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA: Bahawa beliau bertanya Nabi SAW tentang seorang lelaki yang sudah melakukan haji sekali ataupun lebih, adakah dia meletakkan perbelanjaannya pada silaturahim atau memerdekakan hamba? Nabi SAW bersabda: “Tawaf sebanyak 7 kali yang tiada lagha padanya menyamai pahala memerdekakan hamba.”
[Riwayat Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4035]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.