Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طوافُ سبعٍ لا لغوَ فيه يعدلُ رقبةً.
Teks Bahasa Melayu
Tawaf sebanyak 7 kali yang tiada lagha padanya menyamai pahala memerdekakan hamba.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis no. 3805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها-: أنها سألت النبي ﷺ عن رجل حج وأكثر، أيجعل نفقته في صلة أو عتق؟ فقال النبي ﷺ: «طواف سبع لا لغو فيه يعدل رقبة». [عب، «الضعيفة» (4035)]
(Terlalu Daif) Daripada Aisyah RA: Bahawa beliau bertanya Nabi SAW tentang seorang lelaki yang sudah melakukan haji sekali ataupun lebih, adakah dia meletakkan perbelanjaannya pada silaturahim atau memerdekakan hamba? Nabi SAW bersabda: “Tawaf sebanyak 7 kali yang tiada lagha padanya menyamai pahala memerdekakan hamba.” [Riwayat Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4035]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman