Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا استلم الركنَ اليَمَانِيَّ قَبَّلَهُ ووضع خَدَّهُ عليه.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa baginda jika menyentuh rukun al-Yamani baginda akan menciumnya dan meletakkan pipinya dia atasnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis no. 3806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما - مرفوعا: «كان إذا استلم الركن اليماني قبله ووضع خده عليه». [ابن خزيمة، ك، ع، عد، هق، «الضعيفة» (4169)]
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Bahawa baginda jika menyentuh rukun al-Yamani baginda akan menciumnya dan meletakkan pipinya dia atasnya. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Mustadrak al-Hakim, Musnad Abu Ya’la, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4169]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman