Bahawa Allah Tabaraka wa Ta'ala memberikan pilihan kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تبارك وتعالى خيرني بين أن يغفر لنصف أمتي ، وبين أن يجيب شفاعتي ، فاخترت شفاعتي ، ورجوت أن تكون أعم لأمتي ، ولولا الذي سبقني إليه العبد الصالح لتعجلت فيها دعوتي ، إن الله تعالى لما فرج عن إسحاق كرب الذبح ، قيل له : يا إسحاق ، سل تعط فقال : أما والذي نفسي بيده لأتعجلنها قبل نزغات الشيطان ، اللهم من مات لا يشرك بك شيئا فاغفر له ، وأدخله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan pilihan kepadaku antara memberikan keampunan kepada separuh umatku dan memakbulkan syafaatku. Lalu aku memilih syafaatku dan aku berharap ia akan merangkumi seluruh umatku. Jika bukan kerana yang telah mendahuluiku kepadanya adalah seorang hamba yang soleh nescaya aku akan mempercepatkan doaku. Sesungguhnya Allah Ta’ala ketika membebaskan Ishaq dari kesedihan peristiwa sembelihan, dikatakan kepadanya: Wahai Ishaq! Berdoalah kepadaku nescaya akan ku perkenankan. Baginda berkata: Demi jiwaku yang berada di tanganNya nescaya aku akan mempercepatkannya sebelum tipudaya syaitan: Ya Allah sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mempersekutukanmu, maka ampunilah dia dan masukkanlah dia ke dalam syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 647, hadis nombor 3347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «إن الله -تبارك وتعالى – خيرني بين أن يغفر لنصف أمتي، وبين أن تجيب شفاعتي، فاخترت شفاعتي، ورجوت أن تكون أعم لأمتي، ولولا الذي سبقني إليه العبد الصالح لتعجلت فيها دعوني، إن الله – تعالى – لها فرج عن إسحاق كرب الذبح؛ قيل له: يا إسحاق! سل تغط، فقال: أما والذي نفسي بيده لأتعجلتها قبل نزغات الشيطان: اللهم من مات لا يشرك بك شيئا؛ فاغفر له، وأدخله الجنة». [ابن أبي حاتم، «الضعيفة» (333)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ : “Bahawa Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan pilihan kepadaku antara memberikan keampunan kepada separuh umatku dan memakbulkan syafaatku. Lalu aku memilih syafaatku dan aku berharap ia akan merangkumi seluruh umatku. Jika bukan kerana yang telah mendahuluiku kepadanya adalah seorang hamba yang soleh nescaya aku akan mempercepatkan doaku. Sesungguhnya Allah Ta’ala ketika membebaskan Ishaq dari kesedihan peristiwa sembelihan, dikatakan kepadanya: Wahai Ishaq! Berdoalah kepadaku nescaya akan ku perkenankan. Baginda berkata: Demi jiwaku yang berada di tanganNya nescaya aku akan mempercepatkannya sebelum tipudaya syaitan: Ya Allah sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mempersekutukanmu, maka ampunilah dia dan masukkanlah dia ke dalam syurga.” [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.