TEKS BAHASA ARAB
أن الشافعي اجتمع بأبي يوسف عند الرشيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahawa al-Syafi’i telah berhimpun bersama Abu Yusuf di sisi (Harun) al-Rasyid.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال: وكذلك ما ذكر أن الشافعي اجتمع بأبي يوسف عند الرشيد، لأنه لم يجتمع بالرشيد إلا بعد موت أبي يوسف.
Dia (Ibn Taimiyyah) berkata: Demikian juga (batil) apa yang disebutkan bahawa al-Syafi’i telah berhimpun bersama Abu Yusuf di sisi (Harun) al-Rasyid. Kerana al-Syafi’i tidak pernah berhimpun dengan (Harun) al-Rasyid melainkan selepas kematian Abu Yusuf.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.