Bahagian timur dan barat bumi akan dibukakan untuk umatku

TEKS BAHASA ARAB

ستفتح مشارق الأرض ومغاربها على أمتي، ألا وعمالها في النار؛ إلا من اتقى الله، وأدى الأمانة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahagian timur dan barat (bumi) akan dibukakan untuk umatku. Ingatlah! Ketuanya berada dalam neraka kecuali orang yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1322, hadis nombor 6748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن ، قال: قال رسول الله ﷺ: ستفتح مشارق الأرض ومغاربها على أمتي، ألا وعمالها في النار؛ إلا من اتقى الله، وأدى الأمانة.
[عبد الله ابن أحمد في ((زوائد الزهد))، حل، ((الضعيفة)) (2153)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Bahagian timur dan barat (bumi) akan dibukakan untuk umatku. Ingatlah! Ketuanya berada dalam neraka kecuali orang yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah.
[Riwayat 'Abdullah Ibn Ahmad dalam Zawa'id al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2153].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs