Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ستُفْتَحُ مشارقُ الأرضِ ومَغَاربُها على أمتي، أَلَا وعُمُّالُها في النارِ، إلا من اتقى اللهَ وأَدَّى الأمانةَ.
Teks Bahasa Melayu
Bahagian timur dan barat (bumi) akan dibukakan untuk umatku. Ingatlah! Ketuanya berada dalam neraka kecuali orang yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1322, hadis no. 6748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن ، قال: قال رسول الله ﷺ: ستفتح مشارق الأرض ومغاربها على أمتي، ألا وعمالها في النار؛ إلا من اتقى الله، وأدى الأمانة. [عبد الله ابن أحمد في ((زوائد الزهد))، حل، ((الضعيفة)) (2153)].
(Lemah) Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Bahagian timur dan barat (bumi) akan dibukakan untuk umatku. Ingatlah! Ketuanya berada dalam neraka kecuali orang yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah. [Riwayat 'Abdullah Ibn Ahmad dalam Zawa'id al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2153].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman