Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان أَعْجَبُ الشاةِ إليه مُقَدَّمُها.
Teks Bahasa Melayu
Bahagian kambing yang paling disukai oleh baginda ialah bahagian hadapannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis no. 2186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مجاهد مرفوعاً: «كان أعجب الشاة إليه مقدمها». [هق، «الضعيفة» (4160)].
(Lemah) Daripada Mujahid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Bahagian kambing yang paling disukai oleh baginda ialah bahagian hadapannya". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4160].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman