Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bahagian hadapan matahari dan bulan menghadap ke arah arasy, manakala bahagian belakangnya menghadap ke arah neraka

Teks Bahasa Arab

الشَّمسُ والقمَرُ وجوهُهُما إلى العرشِ، وأقفاؤُهُما إلى النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Bahagian hadapan matahari dan bulan menghadap ke arah 'Arasy, manakala bahagian belakangnya menghadap ke arah neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 476, hadis no. 2554.

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الشمس والقمر وجوههما إلى العرش، وأقفاؤهما إلى النار)). [فر، ((الضعيفة)) (3761)]

(Sangat lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Bahagian hadapan matahari dan bulan menghadap ke arah 'Arasy, manakala bahagian belakangnya menghadap ke arah neraka.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3761]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.