Daif

30/06/2024

minit bacaan



Baginda turun sujud di atas dua lutut baginda

Teks Bahasa Arab

كان يَخِرُّ على رُكْبَتَيْهِ، ولا يَتَّكِئُ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda turun sujud di atas dua lutut baginda dan baginda tidak menongkat.

Sahabat Perawi

  1. Ubay bin Ka'b RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis no. 1860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بن كعب - رضي الله عنه -، قَالَ: «كان يَخِرُّ على رُكْبَتَيْهِ، ولا يَتَّكِئُ». [حب، «الضعيفة» (929)].

(Daif) Daripada Ubay bin Ka'b RA, beliau berkata: "Baginda turun sujud di atas dua lutut baginda dan baginda tidak menongkat". [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 929].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.