Baginda tidak tidur sehingga selesai mencium wajah Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

كان لا ينام حتى يقبل عرض وجه فاطمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda tidak tidur sehingga selesai mencium wajah Fatimah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1934, hadis nombor 9699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن حذيفة رضي الله عنه قال: كان لا ينامُ حتى يُقَبِّلَ عُرْضَ وَجْهِ فاطمةَ.
[ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (6414)]

(Munkar)
Daripada Huzaifah RA, beliau berkata: Baginda tidak tidur sehingga selesai mencium wajah Fatimah.
[Riwayat Ibnu al-A'rabi dalam al-Amali dan Ibn Shahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6414]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs