Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ يَكْرَهُ من الشاةِ سَبْعًا: الذكرُ، والأُنْثَيَيْنِ، والمَثانةُ، والحَياءُ، والمَرارةُ، والغُدَّةُ، والدمُ، وكان أَحَبَّ الشاةِ إليه مُقَدَّمُها.
Teks Bahasa Melayu
Baginda tidak suka tujuh bahagian pada kambing: zakar, buah zakar, pundi kencing, faraj, pundi hempedu, kelenjar dan darah. Manakala (bahagian) kambing yang paling disukai oleh baginda ialah bahagian hadapannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 409, hadis no. 2199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مجاهد بن جبر: «كان ﷺ يكره من الشاة سبعاً: الذكر، والأنثيين، والمثانة، والحياء، والمرارة، والغدة، والدم، وكان أحب الشاة إليه مقدمها». [عب، هق، أبو محمد الجوهري في «القوائد المنتقاة»، «الضعيفة» (4292)].
(Lemah) Daripada Mujahid bin Jabr: "Baginda tidak suka tujuh bahagian pada kambing: zakar, buah zakar, pundi kencing, faraj, pundi hempedu, kelenjar dan darah. Manakala (bahagian) kambing yang paling disukai oleh baginda ialah bahagian hadapannya". [Riwayat Abdul Razzaq dalam Musannafnya, al-Bayhaqi dalam Sunannya dan Abu Muhammad al-Jawhari dalam al-Fawa'id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4292].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman