Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لَا يَزِيدُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ عَلَى التَّشَهُّدِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda tidak menambah melebihi satu tasyahud dalam solat dua rakaat.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 324, hadis no. 1708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: ((كان لا يزيد في الركعتين على التشهد)). [ع، ((الضعيفة)) (5623، 5816)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, dia telah berkata: Baginda tidak menambah melebihi satu tasyahud dalam solat dua rakaat. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5623, 5816].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman