Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يأكلُ الثُّومَ، ولا الكُرّاثَ، ولا البصلَ؛ من أجلِ أنَّ الملائكةَ تَأْتِيهِ، ولأنه يكلمُ جبريلَ، عليهِما السلامُ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda tidak makan bawang putih, daun bawang ataupun bawang besar, itu kerana para malaikat (sering) datang kepada baginda. Begitu juga kerana baginda (sering) berbicara dengan Jibril, sejahtera buat mereka berdua.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis no. 2188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعاً: «كان لا يأكل الثوم، ولا الكراث، ولا البصل؛ من أجل أن الملائكة تأتيه، ولأنه يكلم جبريل، عليهما السلام». [حل، خط، «الضعيفة» (4230)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda tidak makan bawang putih, daun bawang ataupun bawang besar, itu kerana para malaikat (sering) datang kepada baginda. Begitu juga kerana baginda (sering) berbicara dengan Jibril, sejahtera buat mereka berdua". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4230].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman