Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يُبَيِّتُ مالًا ولا يُقَيّلُه.
Teks Bahasa Melayu
Baginda tidak bermalam pada waktu malam mahupun tidur pada waktu siang dalam keadaan baginda masih menyimpan harta sedekah.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan bin Muhammad bin Ali
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 883, hadis no. 4537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن بن محمد قال: (كان لا يبيت مالا ولا يقيله). [هق، ((الضعيفة)) (4242)]
(Lemah) Daripada al-Hasan bin Muhammad beliau berkata: Baginda tidak bermalam pada waktu malam mahupun tidur pada waktu siang dalam keadaan baginda masih menyimpan harta sedekah. [Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4242]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman