Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يولي واليًا حتى يُعمِّمهُ ويُرخي لها عذبةً من جانب الأيمنِ بحذوِ الأُذُنِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda tidak akan melantik pemimpin kecuali setelah memakaikannya serban dan menjadikannya ada ekor dari sebelah kanan selari dengan telinga.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 839, hadis no. 4303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كان لا يولي واليا حتى يعممه ويرخي لها عذبة من جانب الأيمن بحذو الأذن)). [الدولابي، تمام، ((الضعيفة)) (4256)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umamah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda tidak akan melantik pemimpin kecuali setelah memakaikannya serban dan menjadikannya ada ekor dari sebelah kanan selari dengan telinga. [Riwayat al-Dūlābī dalam al-Kunā wa al-Asmā’ dan Tammām dalam al-Fawā’id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4256]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman