Baginda tidak akan makan daripada suatu hadiah itu sehinggalah baginda memerintahkan pemberi hadiah tersebut untuk makan daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يأكل من هدية حتى يأمر صاحبها أن يأكل منها؛ للشاة التي أهديت له بخيبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda tidak akan makan daripada suatu hadiah itu sehinggalah baginda memerintahkan pemberi hadiah tersebut untuk makan daripadanya. (Peristiwa ini) bagi kambing yang dihadiahkan kepada baginda di Khaibar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis nombor 2189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمار بن ياسر – رضي الله عنه -: «كان لا يأكل من هدية حتى يأمر صاحبها أن يأكل منها؛ للشاة التي أهديت له بخيبر». [البزار، هب، «الضعيفة» (4232)].

(Lemah) Daripada ‘Ammar bin Yasir RA: "Baginda tidak akan makan daripada suatu hadiah itu sehinggalah baginda memerintahkan pemberi hadiah tersebut untuk makan daripadanya. (Peristiwa ini) bagi kambing yang dihadiahkan kepada baginda di Khaibar". [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4232].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.