Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يأكلُ من هَدِيَّةٍ حتى يَأْمُرَ صاحبَها أن يأكلَ منها؛ للشاةِ التي أُهْدِيَتْ له بخيبرَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda tidak akan makan daripada suatu hadiah itu sehinggalah baginda memerintahkan pemberi hadiah tersebut untuk makan daripadanya. (Peristiwa ini) bagi kambing yang dihadiahkan kepada baginda di Khaibar.
Sahabat Perawi
- ‘Ammar bin Yasir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis no. 2189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمار بن ياسر - رضي الله عنه -: «كان لا يأكل من هدية حتى يأمر صاحبها أن يأكل منها؛ للشاة التي أهديت له بخيبر». [البزار، هب، «الضعيفة» (4232)].
(Lemah) Daripada ‘Ammar bin Yasir RA: "Baginda tidak akan makan daripada suatu hadiah itu sehinggalah baginda memerintahkan pemberi hadiah tersebut untuk makan daripadanya. (Peristiwa ini) bagi kambing yang dihadiahkan kepada baginda di Khaibar". [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4232].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman