Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda tidak akan bertolak keluar pada hari raya sehinggalah baginda makan tujuh biji kurma

Teks Bahasa Arab

كان لا يغدو يومَ الفِطْرِ حتى يأكُلَ سبعَ تَمْرَاتٍ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda tidak akan bertolak keluar pada hari raya sehinggalah baginda makan tujuh biji kurma.

Sahabat Perawi

  1. Jabir bin Samurah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408, hadis no. 2190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن جابر بن سمرة - رضي الله عنه -، قال: «كان لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل سبع تمرات». [البزار، طب، «الضعيفة» (4248)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Samurah RA, beliau berkata: "Baginda tidak akan bertolak keluar pada hari raya sehinggalah baginda makan tujuh biji kurma". [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4248].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.