Baginda telah menyuruh kami supaya menongkat di atas kaki kiri dan meninggikan kaki kanan

TEKS BAHASA ARAB

أمرنا أن نتوكأ على اليسرى، وأن ننصب اليمنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda telah menyuruh kami supaya menongkat di atas kaki kiri dan meninggikan kaki kanan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1290 – 1291, hadis nombor 6606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن رجل قال: جاء سراقة بن مالك بن جشعم من عند النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: علمنا رسول الله كذا وكذا. فقال رجل – كالمستهزئ -: أما علَّمكم كيف تخرون؟! قال: بلى؛ والذي بعثه بالحق! أمرنا أن نتوكأ على اليسرى، وأن ننصب اليمنى.
[طب، هق، ((الضعيفة)) (5616)].

(Munkar)
Daripada seorang lelaki, katanya: Suraqah bin Malik bin Ja’sham telah datang dari sisi Rasulullah SAW, lalu dia berkata: Rasulullah SAW telah mengajarkan kami sekian sekian. Lalu seorang lelaki berkata -seperti memerli-: Adakah dia juga mengajarkan kamu cara membuang air? Suraqah berkata: Ya, demi Tuhan yang telah mengutuskannya dengan kebenaran! Baginda telah menyuruh kami supaya menongkat di atas kaki kiri dan meninggikan kaki kanan.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5616].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs