Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَمَرَنَا أَنْ نَّتَوَكَّأَ عَلَى الْيُسْرَى، وَأَنْ نَنْصِبَ الْيُمْنَى.
Teks Bahasa Melayu
Baginda telah menyuruh kami supaya menongkat di atas kaki kiri dan meninggikan kaki kanan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1290 - 1291, hadis no. 6606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رجل قال: جاء سراقة بن مالك بن جشعم من عند النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: علمنا رسول الله كذا وكذا. فقال رجل - كالمستهزئ -: أما علَّمكم كيف تخرون؟! قال: بلى؛ والذي بعثه بالحق! أمرنا أن نتوكأ على اليسرى، وأن ننصب اليمنى. [طب، هق، ((الضعيفة)) (5616)].
(Munkar) Daripada seorang lelaki, katanya: Suraqah bin Malik bin Ja'sham telah datang dari sisi Rasulullah SAW, lalu dia berkata: Rasulullah SAW telah mengajarkan kami sekian sekian. Lalu seorang lelaki berkata -seperti memerli-: Adakah dia juga mengajarkan kamu cara membuang air? Suraqah berkata: Ya, demi Tuhan yang telah mengutuskannya dengan kebenaran! Baginda telah menyuruh kami supaya menongkat di atas kaki kiri dan meninggikan kaki kanan. [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5616].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman