Baginda telah mengajarkan kepadaku seribu pintu, setiap pintu itu membuka seribu lagi pintu

TEKS BAHASA ARAB

علمني ألف باب، يفتح كل باب ألف باب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda telah mengajarkan kepadaku seribu pintu, setiap pintu itu membuka seribu lagi pintu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1277 – 1278, hadis nombor 6545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في مرضه: ادعوا لي أخي. فدعوا له أبا بكر، فأعرض عنه. ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعوا له عمر، فأعرض عنه. ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعي له عثمان، فأعرض عنه. ثم قال: ادعوا لي أخي. فدعي له علي بن أبي طالب، فستره بثوب، وانكب عليه. فلما خرج من عنده قيل له: ما قال؟ قال: علمني ألف باب، يفتح كل باب ألف باب.
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4968)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda sakit: Panggilkan untukku saudaraku, lalu mereka pun memanggil Abu Bakr untuk baginda, baginda pun menghindar daripada Abu Bakr. Kemudian baginda bersabda: Panggilkan untukku saudaraku, lalu mereka pun memanggil ‘Umar untuk baginda, namun baginda menghindar daripadanya. Kemudian baginda bersabda lagi: Panggilkan untukku saudaraku, lalu mereka pun memanggil ‘Uthman untuk baginda, lalu baginda menghindar daripada beliau. Kemudian baginda bersabda lagi: Panggilkan untukku saudaraku. Lalu mereka pun memanggilkan ‘Ali bin Abi Talib untuk baginda. Baginda pun menutupi ‘Ali dengan satu kain dan menyibukkan diri dengan beliau. Setelah ‘Ali keluar daripada tempat baginda, ‘Ali ditanya: Apakah yang baginda sabdakan? ‘Ali menjawab: Baginda telah mengajarkan kepadaku seribu pintu, setiap pintu itu membuka seribu lagi pintu.
[Riwayat Ibn 'Adi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4968]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.