Baginda telah membaca azan pada telinga al-Hasan bin Ali pada hari beliau dilahirkan

TEKS BAHASA ARAB

أذن في أذن الحسن بن علي يوم ولد، فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda telah membaca azan pada telinga al-Hasan bin Ali pada hari beliau dilahirkan. Baginda membaca azan pada telinganya yang kanan, dan membaca iqamat pada telinganya kiri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333-334, hadis nombor 1753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن اِبْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما -، قال: ((أَذَّنَ في أُذُنِ الحسنِ بنِ عليّ يومَ وُلِدَ، فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى)). [هب، ((الضعيفة)) (6121)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: baginda telah membaca azan pada telinga al-Hasan bin Ali pada hari beliau dilahirkan. Baginda membaca azan pada telinganya yang kanan, dan membaca iqamat pada telinganya kiri. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6121].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.