Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَذَّنَ في أُذُنِ الحسنِ بنِ عليّ يومَ وُلِدَ، فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى.
Teks Bahasa Melayu
Baginda telah membaca azan pada telinga al-Hasan bin Ali pada hari beliau dilahirkan. Baginda membaca azan pada telinganya yang kanan, dan membaca iqamat pada telinganya kiri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 333-334, hadis no. 1753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن اِبْنِ عَبَّاسٍ - رضي الله عنهما -، قال: ((أَذَّنَ في أُذُنِ الحسنِ بنِ عليّ يومَ وُلِدَ، فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى)). [هب، ((الضعيفة)) (6121)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: baginda telah membaca azan pada telinga al-Hasan bin Ali pada hari beliau dilahirkan. Baginda membaca azan pada telinganya yang kanan, dan membaca iqamat pada telinganya kiri. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6121].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman