Baginda telah melarang daripada mendongak dan dan melihat kocek baju ketika solat

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن الإقناع والتصويب في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda telah melarang daripada mendongak dan dan melihat kocek baju ketika solat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330, hadis nombor 1733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((نهى عن الإقناع والتصويب في الصلاة)). ((يعني: (الإقناع): رفع الرأس إذا كان قائما، و(التصويب): أن ينظر إلى جيب قميصه)). [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5690)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Baginda telah melarang daripada mendongak dan dan melihat kocek baju ketika solat. (Maksud “al-Iqna'”: mendongak kepala apabila sedang berdiri. “al-Taswib” pula: dia melihat kocek bajunya). [Riwayat Ibn Jami‘ dalam al-Mu‘jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5690].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.