Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عَنِ الإِقْنَاعِ وَالتَّصْوِيبِ فِي الصَّلَاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda telah melarang daripada mendongak dan dan melihat kocek baju ketika solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330, hadis no. 1733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((نهى عن الإقناع والتصويب في الصلاة)). ((يعني: (الإقناع): رفع الرأس إذا كان قائما، و(التصويب): أن ينظر إلى جيب قميصه)). [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5690)].
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Baginda telah melarang daripada mendongak dan dan melihat kocek baju ketika solat. (Maksud "al-Iqna'": mendongak kepala apabila sedang berdiri. "al-Taswib" pula: dia melihat kocek bajunya). [Riwayat Ibn Jami‘ dalam al-Mu‘jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5690].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman