TEKS BAHASA ARAB
كان صلى الله عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع في شأنه كله: في طهوره، وترجله، ونعله، [وسواكه].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda suka menggunakan bahagian kanan semampu baginda dalam semua keadaan: Ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan bersiwak.
STATUS
Shaz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis nombor 6204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بهذه الزيادة)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان صلى الله عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع في شأنه كله: في طهوره، وترجله، ونعله، [وسواكه].
[د، ((الضعيفة)) (5854)]
(Shaz dengan penambahan ini)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Baginda SAW suka menggunakan bahagian kanan semampu baginda dalam semua keadaan: Ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan bersiwak.
[Riwayat Abu Dawud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5854]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.