Shaz

30/06/2024

minit bacaan



Baginda suka menggunakan bahagian kanan semampu baginda dalam semua keadaan

Teks Bahasa Arab

كان صلى الله عليه وسلم يحبُّ التَّيمُّنَ ما استطاع في شأنِه كلِّهِ: في طهورِه، وترجُّلِه، ونعلِه، [وسواكِه].

Teks Bahasa Melayu

Baginda suka menggunakan bahagian kanan semampu baginda dalam semua keadaan: Ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan bersiwak.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Shaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis no. 6204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذه الزيادة) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان صلى الله عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع في شأنه كله: في طهوره، وترجله، ونعله، [وسواكه]. [د، ((الضعيفة)) (5854)]

(Shaz dengan penambahan ini) Daripada 'Aishah RA, katanya: Baginda SAW suka menggunakan bahagian kanan semampu baginda dalam semua keadaan: Ketika bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan bersiwak. [Riwayat Abu Dawud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5854]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.