Baginda solat pada bulan Ramadan tanpa berjemaah sebanyak dua puluh rakaat berserta witir

TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي في شهر رمضان في غير جماعة بعشرين ركعة والوتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda solat pada bulan Ramadan tanpa berjemaah sebanyak dua puluh rakaat berserta witir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis nombor 1865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن اِبْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «كان يصلي في شهر رمضان في غير جماعة بعشرين ركعة والوتر». [ش، طب، عد، عبد بن حميد، طس، الخطيب في «الموضح»، أبو الحسن النعالي في «حديثه»، أبو عمرو بن منده في «المنتخب من الفوائد»، هق، «الضعيفة» (560)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda solat pada bulan Ramadan tanpa berjemaah sebanyak dua puluh rakaat berserta witir". [Diriwayatkan oleh Ibn Abu Shaybah dalam Musannafnya, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, ‘Abd bin Humayd dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, al-Khatib dalam al-Muwaddhih, Abu al-Hasan al-Ni‘ali dalam Hadithnya, Abu ‘Amr bin Mandah dalam al-Muntakhab min al-Fawa'id dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 560].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs