Baginda solat di tempat yang al-Hasan dan al-Husain kencing

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي في المكان الذي يبول فيه الحسن والحسين، فقالت عائشة: يا رسول الله! ألا تنظر مكانا من الحجرة أنظف من هذا؟ قال: يا حميراء! أما علمت أن العبد إذا سجد سجدة لله تعالى طهر له موضع سجوده إلى سبع أرضين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda solat di tempat yang al-Hasan dan al-Husain kencing, ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah anda mahu menunggu di tempat lain dalam bilik agar saya boleh membersihkan ini? Baginda bersabda: Wahai Humaira’! Tidakkah kamu tahu bahawa seseorang hamba itu apabila dia melakukan sekali sujud kepada Allah Ta’ala, Dia akan membersihkan untuk hamba itu tempat sujudnya hingga tujuh lapis bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1203, hadis nombor 6111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: كان يصلي في المكان الذي يبول فيه الحسن والحسين، فقالت عائشة: يا رسول الله! ألا تنظر مكانا من الحجرة أنظف من هذا؟ قال: يا حميراء! أما علمت أن العبد إذا سجد سجدة لله تعالى طهر له موضع سجوده إلى سبع أرضين.
[ابن الزيات في ((حديثه))، عد، ((الضعيفة)) (2653)]

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’: Baginda solat di tempat yang al-Hasan dan al-Husain kencing, ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah anda mahu menunggu di tempat lain dalam bilik agar saya boleh membersihkan ini? Baginda bersabda: Wahai Humaira’! Tidakkah kamu tahu bahawa seseorang hamba itu apabila dia melakukan sekali sujud kepada Allah Ta’ala, Dia akan membersihkan untuk hamba itu tempat sujudnya hingga tujuh lapis bumi.
[Riwayat Ibn al-Zayyat dalam Hadith beliau dan Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2653]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.