Baginda sentiasa membawa sikat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كان لا يفارقه المشط لا في سفر ولا في حضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Baginda sentiasa membawa sikat, sama ada ketika musafir atau tidak musafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 198-199, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف كما قال السخاوي. وقال في حديث كان يسرح لحيته كل يوم مرتين. لم أر من ذكره إلا الغزالي في الإحياء ولا يخفى ما فيه من الأحاديث. التي لا أصل لها.

Lemah menurut kata Al-Sakhawi. Dan dia juga berkata terhadap hadith: “Baginda menyisir janggut baginda setiap hari dua kali”: Aku tidak melihat ulama menyebutkannya melainkan Al-Ghazali dalam kitab al-Ihya’, dan dimaklumi di dalamnya terdapat hadith-hadith yang tiada asalnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs