Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda sentiasa membawa sikat

Teks Bahasa Arab

حديث: كان لا يفارقه المشط لا في سفر ولا في حضر.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Baginda sentiasa membawa sikat, sama ada ketika musafir atau tidak musafir.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 198-199, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف كما قال السخاوي. وقال في حديث كان يسرح لحيته كل يوم مرتين. لم أر من ذكره إلا الغزالي في الإحياء ولا يخفى ما فيه من الأحاديث. التي لا أصل لها.

Lemah menurut kata Al-Sakhawi. Dan dia juga berkata terhadap hadith: “Baginda menyisir janggut baginda setiap hari dua kali”: Aku tidak melihat ulama menyebutkannya melainkan Al-Ghazali dalam kitab al-Ihya’, dan dimaklumi di dalamnya terdapat hadith-hadith yang tiada asalnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.