Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَدْعُو إذا اسْتَسْقَى: اللهم! أَنْزِلْ في أرضِنا بركتَها، وزِينَتَها، وسَكَنَها، [وارْزُقْنا وأنت خيرُ الرازقينَ].
Teks Bahasa Melayu
Baginda selalu berdoa apabila meminta hujan: Ya Allah! Turunkanlah kepada bumi kami keberkatannya, perhiasannya dan penduduknya, [dan rezekikanlah kami, Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rezeki].
Sahabat Perawi
- Samurah bin Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis no. 7561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة بن جندب - رضي الله عنه -، قال: كان يدعو إذا استسقى: ((اللهم! أنزل في أرضنا بركتها، وزينتها، وسكنها، [وارزقنا وأنت خير الرازقين])). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (4168)]
(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA, katanya: Baginda selalu berdoa apabila meminta hujan: Ya Allah! Turunkanlah kepada bumi kami keberkatannya, perhiasannya dan penduduknya, [dan rezekikanlah kami, Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rezeki]. [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4168]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman