Baginda sedang makan sahur, lalu Bilal datang kepadanya lantas berkata: Solat (telah masuk waktu), wahai Rasulullah

TEKS BAHASA ARAB

كان يتسحر، فجاءه بلال فقال: الصلاة يا رسول الله! فسكت فلم يرجع شيئا، (وفي رواية: فثبت كما هو يأكل، ثم أتاه فقال: الصلاة! [وهو] على حاله). فرجع بلال [الثالثة] فقال: الصلاة يا رسول الله! فقد [والله!] أصبحت، فقال رسول الله ﷺ: رحم الله بلالا، لولا بلال، لرجوت أن يرخص لنا إلى طلوع الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda sedang makan sahur, lalu Bilal datang kepadanya lantas berkata: “Solat (telah masuk waktu), wahai Rasulullah.” Baginda diam dan tidak menjawab apa-apa (dalam riwayat lain: baginda tidak berganjak sepertimana baginda makan, kemudian dia datang semula lalu berkata: "Solat (telah masuk waktu)", [sedangkan baginda] dalam keadaan yang sama). Kemudian Bilal kembali [buat kali ketiga] dan berkata: “Solat (telah masuk waktu), wahai Rasulullah. Kerana [demi Allah], kamu telah memasuki waktu subuh.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Semoga Allah merahmati Bilal. Kalau tiada Bilal, nescaya aku akan berharap agar diberi keringanan bagi kita (untuk sahur) sehingga terbit matahari.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 337, hadis nombor 1767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حَكِيمٍ بْنَ جَابِرٍ قَالَ: أُخْبِرْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ كَانَ يَتَسَحَّرُ، فَجَاءَهُ بِلَالٌ فَقَالَ: الصَّلَاةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ! فَسَكَتَ فَلَمْ يرْجعْ شَيْئًا، (وفي رواية: فَثَبَتَ كما هو يأكلُ، ثم أتاه فقال: الصلاةَ! [وهو] على حالِه). فَرَجَعَ بِلَالٌ [الثالثة] فَقَالَ: الصَّلَاةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ! فَقَدْ [والله!] أَصْبَحْتَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((رَحِمَ اللَّهُ بِلَالًا، لَوْلَا بِلَالٌ، لَرَجَوْتُ أَنْ يُرَخَّصَ لَنَا إِلَى طُلُوعِ الشَّمْسِ.)) [أبو داود في المراسيل، عب ((الضعيفة)) (6452)].

(Lemah) Daripada Hakim bin Jabir, beliau menceritakan: Aku diberitahu bahawa Rasulullah sedang makan sahur, lalu Bilal datang kepadanya lantas berkata: “Solat (telah masuk waktu), wahai Rasulullah.” Baginda diam dan tidak menjawab apa-apa (dalam riwayat lain: baginda tidak berganjak sepertimana baginda makan, kemudian dia datang semula lalu berkata: "Solat (telah masuk waktu)", [sedangkan baginda] dalam keadaan yang sama). Kemudian Bilal kembali [buat kali ketiga] dan berkata: “Solat (telah masuk waktu), wahai Rasulullah. Kerana [demi Allah], kamu telah memasuki waktu subuh.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Semoga Allah merahmati Bilal. Kalau tiada Bilal, nescaya aku akan berharap agar diberi keringanan bagi kita (untuk sahur) sehingga terbit matahari.” [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil, dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6452].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs