Baginda SAW wafat dalam keadaan Baginda bersandar di dada ‘Ali

TEKS BAHASA ARAB

توفي صلى الله عليه وسلم وإنه لمستند إلى صدر علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW wafat dalam keadaan Baginda bersandar di dada ‘Ali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1058, hadis nombor 5409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي غطفان قال: سألت ابن عباس رضي الله عنهما أرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توفي ورأسه في حجر أحد؟ قال: توفي صلى الله عليه وسلم وإنه لمستند إلى صدر علي. قلت: فإن عروة حدثني عن عائشة أنها قالت: توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم بين سحري ونحري؟ فقال ابن عباس: أتعقل؟ والله لتوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وإنه لمستند إلى صدر علي وهو الذي غسله وأخي الفضل ابن عباس. وأبي أبي أن يحضر وقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يأمرنا أن نستتر فكان عند الستر. [ابن سعد، الضعيفة 4969]

(Palsu) Daripada Abu Ghatafan, beliau menceritakan: Saya bertanya kepada Ibn ‘Abbas, “Adakah anda melihat ketika Rasulullah SAW wafat, kepala Baginda baring di paha siapa? Beliau menjawab: Baginda SAW wafat dalam keadaan Baginda bersandar di dada ‘Ali. Saya bertanya lagi: Sesungguhnya ‘Urwah telah bercerita kepadaku, daripada ‘A’ishah, beliau berkata: Rasulullah SAW wafat antara dada dan leherku.
Ibn ‘Abbas mempersoalkan: Logikkah? Demi Allah, Rasulullah SAW dalam keadaan Baginda bersandar ke dada ‘Ali. Beliaulah yang memandikan Baginda bersama saudaraku, al-Fadl bin ‘Abbas. Sementara bapaku pula enggan hadir, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah menyuruh kami untuk menutup. Dan beliau disebalik langsir. [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4969)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs