Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُوُفِّيَ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وإنه لَمُسْتَنِدٌ إلى صَدْرِ عليٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW wafat dalam keadaan Baginda bersandar di dada ‘Ali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1058, hadis no. 5409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Ghatafan, beliau menceritakan: Saya bertanya kepada Ibn ‘Abbas, “Adakah anda melihat ketika Rasulullah SAW wafat, kepala Baginda baring di paha siapa? Beliau menjawab: Baginda SAW wafat dalam keadaan Baginda bersandar di dada ‘Ali. Saya bertanya lagi: Sesungguhnya ‘Urwah telah bercerita kepadaku, daripada ‘A’ishah, beliau berkata: Rasulullah SAW wafat antara dada dan leherku. Ibn ‘Abbas mempersoalkan: Logikkah? Demi Allah, Rasulullah SAW dalam keadaan Baginda bersandar ke dada ‘Ali. Beliaulah yang memandikan Baginda bersama saudaraku, al-Fadl bin ‘Abbas. Sementara bapaku pula enggan hadir, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah menyuruh kami untuk menutup. Dan beliau disebalik langsir. [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4969)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman