Baginda SAW tidak suka menyetubuhi isteri dalam tempoh tiga hari suci haid

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يكره سورة الدم ثلاثاً، ثم يباشر بعد الثلاث بغير إزار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW tidak suka menyetubuhi isteri dalam tempoh tiga hari suci haid, kemudian selepas tiga hari suci barulah baginda menyetubuhi isteri tanpa kain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207, hadis nombor 6142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كان صلى الله عليه وسلم يكره سورة الدم ثلاثا، ثم يباشر بعد الثلاث بغير إزار.
[خط، ((الضعيفة)) (4291)]

(Lemah)
Daripada Ummi Salamah RA, bahawa baginda SAW tidak suka menyetubuhi isteri dalam tempoh tiga hari suci haid, kemudian selepas tiga hari suci barulah baginda menyetubuhi isteri tanpa kain.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalm Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4291]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs