Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW tidak suka menyetubuhi isteri dalam tempoh tiga hari suci haid

Teks Bahasa Arab

كان صلى الله عليه وسلم يَكْرَهُ سَوْرَةَ الدمِ ثلاثًا، ثم يُباشِرُ بعدَ الثلاثِ بغيرِ إزارٍ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW tidak suka menyetubuhi isteri dalam tempoh tiga hari suci haid, kemudian selepas tiga hari suci barulah baginda menyetubuhi isteri tanpa kain.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207, hadis no. 6142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كان صلى الله عليه وسلم يكره سورة الدم ثلاثا، ثم يباشر بعد الثلاث بغير إزار. [خط، ((الضعيفة)) (4291)]

(Lemah) Daripada Ummi Salamah RA, bahawa baginda SAW tidak suka menyetubuhi isteri dalam tempoh tiga hari suci haid, kemudian selepas tiga hari suci barulah baginda menyetubuhi isteri tanpa kain. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalm Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4291]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.