Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فِي أَقَلَّ مِنْ ثَلَاثٍ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW tidak pernah mengkhatamkan al-Quran kurang daripada tiga hari.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis no. 5647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان لا يقرأ القرآنَ في أقل من ثلاث. [ابن سعد، أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (6954)].
(Sangat lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata : Baginda SAW tidak pernah mengkhatamkan al-Quran kurang daripada tiga hari. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6954]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman