Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يَكِلُ طهورَه إلى أحدٍ، ولا صدقتَه الَّتي يتَصدَّقُ بها، يكونُ هو الَّذي يتولَّاها بنفسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW tidak menyerahkan urusan membersihkan dirinya kepada sesiapa pun, begitu juga sedekah yang disedekahkan, baginda melakukannya sendiri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 884, hadis no. 4538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: (كان لا يكل طهوره إلى أحد، ولا صدقته التي يتصدق بها، يكون هو الذي يتولاها بنفسه). [ه، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4250)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda SAW tidak menyerahkan urusan membersihkan dirinya kepada sesiapa pun, begitu juga sedekah yang disedekahkan, baginda melakukannya sendiri. [Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4250]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman