Baginda SAW tidak makan bawang putih, bawang perai mahupun bawang merah

TEKS BAHASA ARAB

كان لا يأكل الثوم ولا الكراث ولا البصل من أجل أن الملائكة تأتيه ولأنه يكلم جبريل عليهما السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW tidak makan bawang putih, bawang perai (Lik) mahupun bawang merah. Hal ini kerana malaikat akan bertemu dengannya dan Baginda akan berbicara dengan Jibril AS.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis nombor 5395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: كان لا يأكل الثوم ولا الكراث ولا البصل من أجل أن الملائكة تأتيه ولأنه يكلم جبريل عليهما السلام. [حل، خط، الضعيفة (4230)]

[Lemah] Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu‘ daripada Nabi, bahawasanya Baginda SAW tidak makan bawang putih, bawang perai (Lik) mahupun bawang merah. Hal ini kerana malaikat akan bertemu dengannya dan Baginda akan berbicara dengan Jibril AS. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’ dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4230]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.