Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لَا يَأْكُلُ الثَّوْمَ، وَلَا الكُرَاثَ، وَلَا البَصَلَ؛ مِنْ أَجْلِ أَنَّ الْمَلَائِكَةَ تَأْتِيه، وَلِأَنَّهُ يُكَلِّمُ جِبْرِيْلَ، عَلَيْهِمَا السَّلَامُ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW tidak makan bawang putih, bawang perai (Lik) mahupun bawang merah. Hal ini kerana malaikat akan bertemu dengannya dan Baginda akan berbicara dengan Jibril AS.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis no. 5395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: كان لا يأكل الثوم ولا الكراث ولا البصل من أجل أن الملائكة تأتيه ولأنه يكلم جبريل عليهما السلام. [حل، خط، الضعيفة (4230)]
[Lemah] Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu‘ daripada Nabi, bahawasanya Baginda SAW tidak makan bawang putih, bawang perai (Lik) mahupun bawang merah. Hal ini kerana malaikat akan bertemu dengannya dan Baginda akan berbicara dengan Jibril AS. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’ dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4230]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman