Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يُقَبِّلَ عُرْضَ وَجْهِ فَاطِمَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW tidak akan tidur sehingga Baginda mengucup pipi Fatimah.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1090, hadis no. 5539. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حذيفة رضي الله عنه قال: كان لا ينامُ حتى يُقَبِّلَ عُرْضَ وَجْهِ فاطمةَ. [ابن الأعرابي، الضعيفة (6414)].
(Munkar) Daripada Huzaifah RA, beliau berkata: Baginda SAW tidak akan tidur sehingga Baginda mengucup pipi Fatimah. [Riwayat Ibn al-A‘rabi. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.6414].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman