TEKS BAHASA ARAB
كان ﷺ لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة والمكحلة والمشط والسواك والمدرى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW tidak akan berpisah dengan lima perkara ketika bermukim mahupun ketika bermusafir: Cermin, bekas celak, sikat, kayu sugi dan gigi sikat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis nombor 5154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان ﷺ لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة، والمكحلة والمشط والسواك والمدرى. [عق، عد، هب، الضعيفة (4249)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA dia berkata: Baginda SAW tidak akan berpisah dengan lima perkara ketika bermukim mahupun ketika bermusafir: Cermin, bekas celak, sikat, kayu sugi dan gigi sikat. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4249].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.